Shanke Yadem
Masjid Shanke Yadem |
Sebuah masjid istimewa dan masih berfungsi sehingga kini. Hanya mempunyai dinding dan dua menara. Masjid ini berlantai tanah dan berbumbung langit. Itulah Masjid Shanke Yadem di Turki. Kenapa agaknya ia berbentuk sedemikian?
Khairudin Afandi
Di sebuah kawasan bernama Al-Fateh, di pinggir kota Istanbul, Turki. ada seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Bila merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan atau lain-lainnya, dia berkata pada dirinya, "Anggap saja aku dah makan..."Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanan itu dimasukkan ke dalam kotak simpanan.… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali hanya untuk menjaga kelangsungan hidupnya saja.
Begitulah, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti
tahun Khairuddin Afandi amat berdisiplin dengan amal dan niatnya yang
kuat untuk mewujudkan impiannya iaitu membina sebuah masjid. Ya! Membina
sebuah masjid!
Cita-Cita Menjadi Nyata
Tanpa disedari dengan tabungan yang sedikit demi sedikit, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membina sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya pun sangat sederhana, hanya sebuah pagar bersegi empat, berlantai tanah dan hanya berbumbung langit dan ditanda dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya. Arah kiblat pula mengarah dinding yang ditengahnya dibuat seperti mihrab.Berlantai Tanah Berbumbung Langit |
Setelah masjid itu tegak, masyarakat tertanya-tanya dan setelah
mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi
nama masjid tersebut dengan nama, “Anggap saja aku dah makan." atau dalam bahasa Turki disebut 'Shanke Yadem'
Kesimpulan dan Pengajaran
Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan berkemampuan dari kaum
Muslimin di dunia ini berfikiran seperti Khairuddin Afandi, berapa
banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid,
sekolah, rumah sakit, dan keperluan umat yang dapat dibangunkan? Berapa
banyak kemudahan yang dapat kita realisasika, tanpa perlu membuat
pinjaman atau menerima dana dari negara yang memusuhi Islam dan umatnya?
Begitu banyak pembaziran dilakukan sama ada dalam bentuk makanan,
pakaian dan lain-lain. Tanpa perlu melihat negara-negara Arab, lihatlah
didalam negara kita sendiri, disekitar kehidupan kita dan diri sendiri.
Masjid Shanke Yadem |
(Q.S. Al-A’raf / 7 : 96) "Maka ambil pelajaranlah wahai orang-orang yang menggunakan akal yang sihat!"
Oleh itu kewujudan Masjid Shanke Yadem yang berlantai tanah dan berbumbung langit
ini sebenarnya membuka minda dan memberi pengajaran buat kita. Jika
kita mempunyai niat yang baik dan berusaha mencapainya...Insyaallah
tiada yang mustahil apatah lagi jika ianya demi agama dan kerana Allah
swt.
(sumber:http://relakssminda.blogspot.com)
0 comments:
Posting Komentar